Laporan Soal Selidik Penggunaan Kamus Dewan Bahasa di IPGKTAA

LATAR BELAKANG Sebagai seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG), memiliki pengetahuan sedia ada (pengetahuan Am) semata-mata...



LATAR BELAKANG

Sebagai seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG), memiliki pengetahuan sedia ada (pengetahuan Am) semata-mata masih tidak menjamin seseorang graduan mendapat perkerjaan dan mendapat penempatan yang diinginkan. Ini kerana, sejak akhir-akhir ini persaingan dalam kalangan guru pelatih dan graduan untuk mendapatkan penempatan sangat sengit. Setiap bakal guru perlu menyiapkan diri mereka dengan persediaan yang rapi dari segi sahsiah, penampilan, serta yang paling penting ialah ilmu pengetahuan.

Oleh itu, sebagai bakal guru dalam mejor mata pelajaran Bahasa Melayu kita perlulah persiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang kita ceburi iaitu Bahasa Melayu.
Salah satu kitab yang penting yang yang perlu dimiliki oleh seorang bakal guru Bahasa Melayu ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Hal ini kerana, kamus dewan merupakan salah satu sumber rujukan yang amat berguna kepada guru-guru pelatih yang mejor dalam Bahasa Melayu, ia penting sebagai rujukan sekiranyan berlaku perselisihan maksud atau ketidak fahaman dalam metelaah sesuatu bahan sastera mahupun bahan ilmiah.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai sejauh mana keberkesanan penggunaan kamus dewan dalam kalangan guru pelatih mejor Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA).

METODOLOGI KAJIAN

- PENDEKATAN
Kajian ini menggunakan soal selidik untuk menggumpulkan maklumat kuantitatif berkaitan keberkesanan penggunaan kamus dewan edisi keempat dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Fokus kajian ini ialah untuk mengenalpasti dan merekod kadar penggunaan kamus dewan dalam kalangan guru pelatih mejor Bahasa Melayu, kekerapan penggunaan, menjadi sumber rujukan utama atau sebalikknya dan budaya penggunaannya dalam kawasan kampus.
Pengkaji menyedari bahawa kajian ini perlu juga melibatkan penggumpulan dan analisis:

a.  Maklumat yang diperoleh dari kalangan kumpulan guru pelatih mejor Bahasa Melayu IPGKTAA.

- INSTRUMENT

Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah dibangunkan khusus bagi membolehkan pengkaji mengumpul maklumat berkaitan keberkesanan penggunaan kamus dewan dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis (PPGKTAA) terutama yang mejor dalam Bahasa Melayu.

a.  Bahagian A (Jantina dan Pencapain Responden)
b. Bahagian B (Penggunaan Kamus Dewan dalam kalangan guru pelatih)
c. Bahagian C (Kekerapan penggunaan kamus dewan bagi responden)

- RESPONDEN

Adalah amat perlu dinyatakan disini bahawa kajian ini tidak bertujuan untuk memberikan sebarang bentuk perbandingan berkaitan status dan kekerapan penggunaan kamus dewan dalam kalangan guru pelatih. bersesuaian dengan objektifnya untuk mengumpul maklumat kuantitatif berkaitan keberkesanan penggunaan kamus dewan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Oleh itu, kajian ini tidak menggunakan sebarang stratikasi persampelan yang sistematik dalam menentukan bilangan dan faktor yang mempengaruhi persampelan.

Saya telah memilih seramai 20 orang responden yang mana dalam kalangan mereka adalah mejor dalam Bahasa Melayu. Proses penyediaan instrument soal selidik dan borang soal selidik dilakukan dalam tempoh dua minggu, yang mana mengambil kira ciri-ciri keberkesanan dan kekerapan penggunaan kamus dewan dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. Pengagihan borang soal selidik telah dibuat selepas dua minggu mendapat soalan tugasan yang mana setelah selesai membina penilain soal selidik tersebut.

Menurut dari kajian yang saya perolehi, sebanyak 15 orang dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA menggunakan kamus dewan edisi keempat ini secara deomestik. Iaitu sebanyak 90 peratus nilai dari kalangan 20 orang guru pelatih. Manakala sebanyak 5 orang lagi atau 10 peratus lagi hanya menggunakan kamus dewan ini sebagai rujukan kedua. Mungkin bagai mereka, kamus dewan tidak banyak membantu dari segi analogikal atau sebaliknya.

Statistisk yang dibuat secara kasar menunjukkan penggunaan kamus dewan di peringkat institut pendidikan guru masih lagi rendah, hal ini mungkin ramai dalam kalangan guru pelatih tidak didedahkan tentang cara penggunaannya, atau tidak diberitahu tentang banyak kelebihan menggunakan kamus dewan tersebut.

RINGKASAN DAPATAN
Secara ringkasnya, kajian ini mendapati.

a. Majoriti responden adalah kaum wanita yang mana banyak menggunakan Kamus     Dewan Bahasa sebagai pilihan pertama untuk membuat rujukan.

b. Manakala kaum lelaki menjadi kaum minoriti yang menjadikan kamus dewan     sebagai rujukan pertama.

c. Sebanyak 90 peratus dalam borang kajian mengatakan 'Ya' tentang keberkesanan     penggunaan kamus dewan sebagai kepentingan.

d. Sebanyak 10 peratus dalam kalangan guru pelatih mengatakan 'Tidak' kepada     penggunaan kamus dewan edisi keempat sebagai pilihan pertama.

e.Menurut statistik yang dibuat oleh Pejuang Bahasa (PBa) secara kasar dari tahun 2011     hingga 2013, tahap penggunaan kamus dewan edisi keempat dalam kalangan guru     pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) semakin meningkat dari     tahun ke tahun. Ini     menunjukkan bahawa kepentingan memiliki dan menggunakan kamus dewan     sebagai rujukan adalah menjadi satu keperluan yang wajib kepada para guru pelatih     IPG.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Bahasa Melayu Sejarah
false
ltr
item
NOTA PISMP: Laporan Soal Selidik Penggunaan Kamus Dewan Bahasa di IPGKTAA
Laporan Soal Selidik Penggunaan Kamus Dewan Bahasa di IPGKTAA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6eljtHnb0Y68WupgYwJWab_rNbqoX1DvwjXO2XuCmfsGrppIOK6_9zKKEShg_AVjlfahHgG9pzF_YvO8WM1IZa7FkX4I-ig7bHJdYdpqKQNQvDriQEjKrXtGTdOvfbM3kQcgJ4gERqnA/s1600/%2528+CONTOH+%2529+Laporan+Soal+Selidik.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6eljtHnb0Y68WupgYwJWab_rNbqoX1DvwjXO2XuCmfsGrppIOK6_9zKKEShg_AVjlfahHgG9pzF_YvO8WM1IZa7FkX4I-ig7bHJdYdpqKQNQvDriQEjKrXtGTdOvfbM3kQcgJ4gERqnA/s72-c/%2528+CONTOH+%2529+Laporan+Soal+Selidik.jpg
NOTA PISMP
http://notapismpipg.blogspot.com/2015/07/laporan-soal-selidik-penggunaan-kamus.html
http://notapismpipg.blogspot.com/
http://notapismpipg.blogspot.com/
http://notapismpipg.blogspot.com/2015/07/laporan-soal-selidik-penggunaan-kamus.html
true
5255956228939228653
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM like atau share untuk unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy