Permainan Tradisional - Congkak

Congkak merupakan antara permainan taradisional yang cukup popular pada suatu ketika dahulu, permainan ini bukan sahaja dimainkan di desa...

Congkak merupakan antara permainan taradisional yang cukup popular pada suatu ketika dahulu, permainan ini bukan sahaja dimainkan di desa-desa tetapi juga di kota-kota. Umumnya, congkak merupakan sejenis permainan masa lapang rakyat Malaysia dan biasanya dimainkan di  dalam rumah. Ada juga sesetengah orang yang menyebut nama permainan ini sebagai `jongkak`.

[lock]Tidak hanya di negara ini, permainan congkak turut dimainkan oleh masyarakat di beberapa buah negeri di benua Asia dan Afrika. Oleh itu, congkak bolehlah dikatakan permainan yang bersifat universal serta mampu menarik orang ramai untuk memainkannya. Terutama di alangan kaum wanita.Depercayai permainan congkak telah wujud sejak 200 tahun yang lalu di alam melayu. Congkak menjadi pilihan untuk dimainkan oleh golongan wanita khususnya kerana congkak tidak memerlukan banyak pergerakan fizikal berbanding permainan rakyat yang lain. Permainan congkak sangat [/lock]digemari oleh gadis dan tidak terkecuali wanita-wanita berusia.

Sebenarnya berbagai-bagai benda atau objek boleh dijdikan buah congkak terutamanya guli. Namun sebelum adanya guli, kulit kerang, biji getah, batu-batu kecil, biji saga dan sebagainya sering dijadikan buah congkak. Benda-benda ini mudah diperoleh di sekeliling rumah. Buah congkak akan diisi ke dalam lubang-lubang congkak. Jumlah yang perlu diisi bergantung kepada jumlah lubang yang terdapat dalam satu baris. Sebagai contoh, jika lubang congkaknya tujuh, maka tujuh biji buah congkak perlu diisi ke dalam setiap lubang dan begitulah sebaliknya.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua- dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung  sendiri.

Pemain itu boleh menembak kampung lawan  yang setentang dengan kampungnya iaitu mangaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap permainan mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buahnya diangap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya sehingga pihak lawan mengaku kalah.    
 

COMMENTS

Name

Bahasa Melayu Sejarah
false
ltr
item
NOTA PISMP: Permainan Tradisional - Congkak
Permainan Tradisional - Congkak
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2OomLx-73VK42GdB4FPS_TnuwOaRsgG0-kuQaGPsAjv6wpWTBgJNto5LAc8_LS5TfA0nPy2MsxT5jBpZDDbfaqQ1sNziziEFrh_BkbvfS1FGtD6iAjtPZCeO8yhzC6xJaljWORBFYsBo/s1600/Permainan+Tradisional+-+CONGKAK.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2OomLx-73VK42GdB4FPS_TnuwOaRsgG0-kuQaGPsAjv6wpWTBgJNto5LAc8_LS5TfA0nPy2MsxT5jBpZDDbfaqQ1sNziziEFrh_BkbvfS1FGtD6iAjtPZCeO8yhzC6xJaljWORBFYsBo/s72-c/Permainan+Tradisional+-+CONGKAK.jpg
NOTA PISMP
http://notapismpipg.blogspot.com/2015/07/permainan-tradisional-congkak.html
http://notapismpipg.blogspot.com/
http://notapismpipg.blogspot.com/
http://notapismpipg.blogspot.com/2015/07/permainan-tradisional-congkak.html
true
5255956228939228653
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM like atau share untuk unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy