Tulisan jawi adalah tulisan terawal yang pernah ditemui di Tanah Melayu. Tulisan jawi telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai ...
Tulisan jawi adalah tulisan terawal yang pernah ditemui di Tanah Melayu. Tulisan jawi telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudiannya berkembang pesat di Kerajaan Melaka, Johor dan Aceh pada abad ke-17. Tulisan jawi terlebih dahulu bertapak di bumi Melayu berbanding tulisan rumi yang mula berkembang pada akhir abad ke-19.
Huruf- huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi- bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf- huruf ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan- akan sama bentuknya. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi yag paling awal dijumpai adalah pada akhir kurun ke-19
Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu penjajahan British. Tulisan jawi juga digunakan sebagai pengantara dalam urusan rasmi kerajaan. Secara ringkasnya, tulisan jawi digunakan secara meluas di seluruh Tanah Melayu. Golongan yang cerdik pada ketika itu merupakan golongan yang celik jawi.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.