Faktor Perubahan Tulisan Jawi ( nota )

Kehadiran Islam ke Kepulauan Melayu telah membawa bersama abjad tulisan Arab yang telah menjadi induk kepada tulisan Jawi Melayu sert...



Kehadiran Islam ke Kepulauan Melayu telah membawa bersama abjad tulisan Arab yang telah menjadi induk kepada tulisan Jawi Melayu serta penggunaan abjad. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam sistem tulisan Jawi di Tanah Melayu. 

1.Faktor Penjajah

    Sebelum kedatangan penjajah Barat pada abad ke-15 Masihi, orang Melayu menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi dan setiap penduduk di Tanah Melayu tahu membaca dan menulis dalam bentuk huruf jawi. Penjajah barat telah membawa masuk tulisan Rumi ke Tanah Melayu.

    Ini kerana tulisan rumi dilihat mempunyai nilai ekonomi yang tinggi keran ia telah menjadi tulisan yang digunakan oleh pemerintah dan telah mengatasi tulisan jawi. Bermula dari rentetan ini, penduduk Melayu sudah mula melupakan tulisan jawi dan menggunakan tulisan rumi. Lama-kelamaan penduduk Melayu kian meminggirkan tulisan jawi. Kebanyakan skrip Melayu yang ditulis dalam huruf jawi telah diterjemahkan kepada tulisan rumi. Oleh itu, berlaku perubahan ejaan dari jawi ke rumi dan menyebabkan makna kata tersebut telah berubah. Perbezaan ejaan bagi kedua-dua tulisan ini telah menimbulkan kelainan pada bentuk kata serta makna bahasa yang digunakan. Lebih-lebih lagi apabila perbendaharaan kata tersebut ialah kata pinjaman dari bahasa asing. Perubahan ejaan daripada bahasa asal kepada tulisan rumi perlu melibatkan aspek morfologi dan semantik.

    Tulisan jawi telah mula tergugat kedudukannya sebagai tulisan rasmi bagi seluruh Kepulauan Melayu pada ketika itu. Akta Bahasa Kebangsaan pada 1963 memberi kesan yang kuat terhadap pengaruh tulisan jawi dan perkembangannya. Ini keran orang Melayu mulai meninggalkan tulisan jawi dan tidak memberi perhatian langsung terhadap tulisan jawi.

2. Faktor Pendidikan

Pada tahun 1985, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyedari kepentingan tulisan jawi. Oleh itu, beliau telah mewajibkan pelajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah rendah  agama.

    Dasar ini telah membuka mata penduduk Melayu dan secara tidak langsung masyarakat Melayu terutamanya ahli-ahli bahasa dan badan-badan bahasa telah menjalankan usaha untuk menghidupkan semula tulisan jawi dan meletakkannya ke kedudukan yang asal. Namun hal ini kurang berkesan kerana kebanyakan anak muda pada masa itu telah buta jawi.

    Oleh itu, bagi merealisasikan usaha ini, tulisan jawi mula diperkenalkan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah serta universiti. Pusat Islam telah menyarankan agar Kementerian Pendidikan dan Universiti mewajibkan penguasaan bacaan serta tulisan jawi bagi penuntut yang bakal mendapat Ijazah Pengajian Melayu.

Sejak tahun 1992, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM 24 juta pada setiap tahun bagi proses perancangan program pembangunan untuk meluaskan tahap penguasaan terhadap tulisan jawi dalam kalangan generasi muda. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM 26 juta bagi pelaksanaan program pemulihan jawi dan memberi galakan membaca dalam tulisan jawi di seluruh negara. RM 1 juta dari dana tersebut digunakan untuk penyelidikan serta pembangunan perisian komputer dalam tulisan jawi.

3. Penyesuaian Sistem Ejaan

    Ejaan bahasa Melayu lama dan bahasa Melayu moden mempunyai perbezaan yang ketara. Ini kerana bahasa sering berkembang dan diubah mengikut kesesuaian dan penerimaan masyarakat pada masa kini. Oleh sebab itu, tulisan jawi turut berubah bentuknya mengikut peredaran masa dan bahasa yang digunakan.

    Bahasa mencerminkan pembangunan tamadun sesuatu bangsa. Oleh yang demikian, perubahan-perubahan seperti ini wujud dalam bahasa dan tulisan Melayu agar setiap istilah boleh diguna pakai dalam semua bidang ilmu yang ada. Memandangkan bidang-bidang ilmu berkembang pesat dan terdapat banyak pertemuan baru dari segi istilah maka istilah dalam bahasa Melayu juga kian bertambah. Oleh itu, sistem tulisan juga perlu berubah seiring dengan perubahan yang berlaku agar pengguna bahasa dan tulisan tidak menghadapi kesukaran untuk menggunakan istilah tersebut secara lisan dan juga bertulis. Istilah-istilah baharu yang dicipta lazimnya berpandukan kepada sistem ejaan yang tersusun dan penerimaan  masyarakat penutur terhadap istilah tersebut.

 


COMMENTS

Name

Bahasa Melayu Sejarah
false
ltr
item
NOTA PISMP: Faktor Perubahan Tulisan Jawi ( nota )
Faktor Perubahan Tulisan Jawi ( nota )
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRB9rpJYSsXQ4UUbb1wTcSEQkcMNJOTpnlDY9E2GXL3hrfCXvzKU4Wj4c4pYtmTEFxZFS5nFzEYRq6QwZ2mKrp49aWx_4Pl7ynv1KYVW8E9HaLhEqZ-qeJdlZDBB28dQtMNzp3t5v2WDE/s1600/Faktor+Perubahan+Tulisan+Jaw.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRB9rpJYSsXQ4UUbb1wTcSEQkcMNJOTpnlDY9E2GXL3hrfCXvzKU4Wj4c4pYtmTEFxZFS5nFzEYRq6QwZ2mKrp49aWx_4Pl7ynv1KYVW8E9HaLhEqZ-qeJdlZDBB28dQtMNzp3t5v2WDE/s72-c/Faktor+Perubahan+Tulisan+Jaw.jpg
NOTA PISMP
https://notapismpipg.blogspot.com/2015/07/faktor-perubahan-tulisan-jawi-nota.html
https://notapismpipg.blogspot.com/
http://notapismpipg.blogspot.com/
http://notapismpipg.blogspot.com/2015/07/faktor-perubahan-tulisan-jawi-nota.html
true
5255956228939228653
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM like atau share untuk unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy