Dewasa ini permainan tradisional masyarakat Melayu semakin dilupakan oleh generasi muda . Permainan tradisional berupaya membent...
Dewasa ini permainan tradisional masyarakat Melayu semakin dilupakan oleh
generasi muda . Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang
masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan
itu termasuklah , congkak, wau, batu .
Permainan tradisional merupakan permainan tinggalan nenek moyang kita.
Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal usul rumpun Melayu. Kita
sebagai generasi kini tidak seharusnya memulaukan permainan ini. Pada
hakikatnya permainan tradisional ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya
cipta tersendiri. Keseniannya itulah menjadikannya begitu unik. Contohnya
permainan gasing, layang-layang, congkak, dan sebagainya. Ukirannya sungguh
cantik dan halus buatannya.
Kebanyakan permainan masa kini menggunakan tenaga elektrik dan bateri. la
turut dijual dengan harga yang mahal. Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah
mereka tidak berkemampuan memilikinya untuk dihadiahkan kepada anak mereka.
Selain itu permainan tradisional dapat merapatkan silaturahim antara pemain
kerana permainan ini kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan. Berbeza dengan
permainan masa kini yang lebih bersifat individu. Contohnya permainan video
game, komputer, dan sebagainya.
Berbanding dengan permainan tradisional, permainan masa kini menggalakkan remaja terdedah kepada unsur-unsur negatif. Contohnya, permainan video game banyak terdapat di pusat-pusat video yang turut menempatkan permainan snuker. Tempat-tempat seperti ini biasanya dikaitkan dengan judi. Selain itu, kewujudan permainan moden seperti video game ini juga menggalakkan maja membazir masa dan wang ringgit.
Dalam pada itu, seseorang individu dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).