Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia sangat digemari oleh kanak-kanak lelaki di p...
Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia sangat digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat.
Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas, seberapa kali yang dapat tanpa jatuh ke tanah.
Sebelum permainan ini di mainkan, giliran ditentukan dengan undian yang dijalankan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah cara undian untuk menentukan siapa yang bermula dahulu dan mengikut urutan. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki ( tepi kaki sebelah dalam ) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan sama sekali dalam pemainan ini. Jika ia berlaku , pemain tamat gilirannya. Ia juga dikirakan mati. Ia juga boleh dikatakan mati jikalau bola jatuh ke tanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti ataw mati dengan seberapa banyk timbangan yang dapat dilakukan. pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda.
Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang dan pemenang pula mestila menimbang bola sebanyak 3 kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.