Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari ...
Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman.
Permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni.
Fungsi pertama , permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing datang ke negara Malaysia yang penuh dengan peniggalan warisan nenek moyang yang menarik . Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia . Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.
Fungsi kedua, permainan tradisional dapat mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia . Permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Justeru itu , kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Ketiga, permainan tradisional berfungsi mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Hasilnya , terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang dan permainan lain. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer yang tidak berfaedah sama sekali .
Keempat , permainan tradisional mampu mewujudkan sesuana yang menceriakan lagi menghiburkan . Ini kerana ia dimainkan di kawasan terbuka mahupun di tempat yang tertutup. Penenakan yang ketara terhadapa aspek keceriaan ini menyebabkan semua yang terlibat dalam bermain permainan tradisional ini akan hadir perasaan gembira dan ceria . Perasaan gembira ini penting dalam kehidupan seharian kerana ia merangkumi perasaan yang paling penting untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni .
Selain itu , permainan tradisional ini mengembangkan kecerdasan kinestik . Kecerdasan ini merupakan kemahiran yang menggunakan seluruh tubuh untuk menyampaikan idea dan perasaan, dan keterampilan menggunakan tangan , kaki untuk menciptakan atau mengubah suatu bentuk. Kecerdasan ini meliputi kemampuan fisik yang khusus, seperti koordinasi, keseimbngan, keterampilan, kekuatan, kelenturan, dan kecepatan mahupun kemampuan menerima rangsangan pancaindera. Dalam permainan tradisional . Sebagaimana yang kita tahu , dalam permainan tradisional seperti ketinting , chapteh , sepak raga , galah panjang , dan ketingting . Permainan tersebut mengharuskan pemain untuk melompat, berlari, menari, berputar, dan gerakan lainnya. Secara tidak langsung , permainan tradisional ini mampu melahirkan generasi yang sihat lagi kuat.